Tuesday, 27 December 2016

Hernia (Angin pasang)

Penyakit hernia (angin pasang) sering dikaitkan dengan golongan lelaki dewasa, namun sebenarnya penyakit ini juga sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak sama ada lelaki atau pun perempuan. Bayi atau kanak-kanak lelaki lebih cenderung menghidap penyakit angin pasang berbanding bayi dan kanak-kanak perempuan.

Dalam kalangan bayi baru lahir pula, bayi pramatang lebih cenderung menghidap angin pasang berbanding bayi cukup bulan. Angin pasang atau nama saintifiknya inguinal hernia, mempunyai satu simptom unik iaitu terhasilnya bonjolan di bahagian kelangkang (inguinal)atau kantung zakar (lelaki) atau labia (perempuan) sewaktu pesakit meneran atau menangis. 

Bonjolan ini akan hilang apabila pesakit berhenti meneran atau menangis atau ketika sedang tidur. Kejadian bonjolan yang sekejap ada dan sekejap tiada inilah yang dirujuk sebagai ‘angin pasang’. Sebenarnya terma ini adalah tidak tepat kerana bonjolan tersebut bukanlah seketul angin, sebaliknya adalah sebahagian daripada usus kecil atau besar anak-anak yang keluar dari abdomen dan terperangkap di luar abdomen.



Menurut Ketua Surgeri Pediatrik Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) merangkap Senior Konsultan Pediatrik dan Surgeri UKM, Prof. Madya Dr.Dayang Anita Abdul Aziz, angin pasang berlaku apabila selaput dalaman badan yang dipanggil process vaginalis kekal terbuka selepas bayi dilahirkan. Selaput process vaginalis ini merupakan selaput yang membentuk lorong laluan testis dari dalam 



abdomen ke kantung zakar untuk bayi lelaki. Sebaik bayi dilahirkan, jika testis (buah zakar) telah turun ke dalam kantung zakar, laluan ini sepatutnya hilang dengan sendiri. Sekiranya laluan ini kekal, boleh menjadi tempat laluan usus (maka terjadinya hernia) atau laluan cecair dalam badan (dipanggil sebagai hydrocoele)

“Jika disahkan hydrocoele tidak mengapa, tetapi jika bonjolan itu adalah inguinal hernia, itu yang perlu dibimbangkan,” katanya. Inguinal hernia boleh membawa komplikasi bahaya jika bonjolan usus tersebut tidak surut. Dalam hal ini, usus tersebut mungkin telah tersumbat atau berpintal menyebabkan kanak-kanak berkenaan dalam kesakitan serta disusuli muntah hijau dan kembung perut yang semakin teruk.

 Jika tidak dirawat, usus yang tersumbat ini boleh pecah dan membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut. Jelas Dr. Dayang Anita lagi, patologi angin pasang orang dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza, maka rawatannya juga adalah berbeza. Tambah beliau, punca angin pasang dewasa disebabkan kekuatan lapisan otot abdomen yang kurang kukuh, manakala punca pada kanak-kanak adalah kejadian selaput processus vaginalis yang tidak boleh mengecut. “Oleh sebab patologinya tidak sama, kaedah rawatan juga berbeza.

Untuk hernia orang dewasa kita kukuhkan semula otot tapi hernia untuk kanak-kanak, laluan selaput perlu ditutup (dibuat secara pembedahan lubang kunci) atau laluan selaput diputuskan terus (dilakukan melalui pembedahan konvensional) seberapa segera. “Untuk kes hydrocoele kita tidak akan menjalankan pembedahan sehingga kanak-kanak itu berusia dua tahun, itu pun cuma memperbaiki keadaan fizikal supaya bonjolan tidak menjejaskan rupa alat kemaluan “Dua-dua kaedah pembedahan konvensional dan lubang kunci adalah selamat asalkan pembedahan tersebut dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak yang bertauliah. 

“Pada bayi lelaki misalnya, pembedahan perlu dibuat secara berhati-hati agar agar saluran vas deferens lelaki tidak tercedera. Pakar bedah yang tidak bertauliah untuk pembedahan kanak-kanak boleh menyebabkan kecederaan ke atas struktur ini yang boleh membawa kemandulan bila dewasa atau pun menyebabkan masalah hernia datang semula kerana laluan selaput tidak dipisahkan sepenuhnya. Ditanya tentang kaedah rawatan tradisional, Dr. Dayang Anita menegaskan, bahawa kejadian angin pasang tidak boleh dirawat dengan urutan di kawasan kantung zakar atau ke atas bonjolan tersebut. “Sebenarnya, urutan hanya bertujuan menghilangkan bonjolan yang memang akan surut dan pasang, tetapi urutan tidak membawa apa apa kesan ke atas selaput process vaginalis yang menjadi punca hernia. “Malah, urutan ini akan hanya mengundang lebih banyak komplikasi, risiko bahaya apabila dibimbangkan menyebabkan usus bersimpul dan mematikan salur darah kepada usus tersebut, ini boleh mematikan usus tersebut” katanya.

Wednesday, 16 November 2016

SAKIT TUMIT (PLANTAR FASCITIS)





PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.
Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.
Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.



Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.

Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.

Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.

Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.

Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.
·  Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.
·  Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

·  Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.
·  Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.




·  Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.
·  Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.
·  Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.

Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.

Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.

Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.

Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.

Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.

Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.




Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang.

VIDEO PLANTAR FASCITIS

video

Wednesday, 7 September 2016

Zika - Simptom Dan Rawatan


Apa Itu Virus Zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.
Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Info Virus Zika

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
  1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-
  1. Sakit kepala
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit sendi
  4. Mata kemerahan

Cara Rawatan

Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika tersebut.


Kesan Virus Zika



Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.


ZIKA VIRUS VIDEO


video







Thursday, 4 August 2016

Ekzema bukan disebabkan kuman




EKZEMA adalah inflamasi kulit yang menyebabkan kulit gatal, bertukar merah dan kadang-kadang boleh berair. Selalunya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif tetapi ada banyak sebab lain boleh menyebabkan ekzema berlaku.




Anda sebagai ibu bapa mungkin tertanya di bahagian kulit mana ekzema sering terjadi. Secara amnya bergantung kepada usia kanak-kanak itu. Bagi bayi kebanyakannya berlaku di bahagian kulit kepala, muka, tangan dan kaki. Bagi kanak-kanak prasekolah di bahagian pelipat sendi tangan dan kaki.

Masalah ekzema kanak-kanak sering berlaku sebelum umur lima tahun. Dengan kekerapan lebih kurang 15 peratus kanak-kanak mengalaminya.

Apabila kanak-kanak mencapai usia enam tahun lebih kurang 50 peratus daripada mereka akan pulih dari ekzema. Sebanyak 10 peratus daripada kanak kanak ini akan terus mengalami masalah ekzema dan selalunya kanak-kanak ini akan mengalami masalah kekeringan kulit dan kulit sensitif.

Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mengalami ekzema kerana ia adalah masalah keturunan. Kelazimannya ia berlaku kepada keluarga yang mengalami masalah resdung, lelah dan juga ekzema.

Lebih kurang 80 peratus daripada kanak-kanak yang ibu bapanya mengalami masalah ekzema juga akan mengalami masalah ekzema. Bagaimanapun, meskipun tiada ahli keluarga yang mengalami masalah ekzema, sesetengah kanak-kanak boleh juga mengalami masalah itu.

Oleh kerana alahan adalah salah satu faktor ekzema, kanak-kanak ini juga boleh mengalami masalah lain seperti lelah dan resdung (allery sinusitis)

Adakah ekzema boleh berjangkit?

Tidak. Ekzema bukan disebabkan kuman. Kelazimannya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif dan bahan-bahan seperti hama habuk (house dust mites), bulu haiwan seperti kucing dan anjing juga boleh menyebabkan ekzema

Sesetengah makanan boleh menyebabkan ekzema. Jenis makanan yang boleh menyebabkan ekzema adalah berbeza dan tidak khusus.

Bagaimana mengurangkan kanak-kanak menggaru ?

Menggaru adalah rasmi utama bagi kanak-kanak yang mengalami ekzema. Ini disebabkan kegatalan yang berlaku dengan masalah ekzema. Bagaimanapun dengan menggaru bukan saja ia tidak memberhentikan kegatalan tetapi menyebabkan terasa lebih gatal dan juga menyebabkan inflamasi kulit iaitu kulit menjadi bengkak, merah dan juga luka. Kadangkala menyebabkan jangkitan kuman.

Oleh itu cara utama mengurangkan kanak-kanak menggaru adalah dengan mengurangkan kegatalan. Menggunakan krim pelembap adalah cara utama mengawal ekzema. Krim pelembap ini boleh di dapati dari farmasi dan tidak memerlukan priskripsi doktor. Penggunaan krim pelembap dengan banyak terutama selepas mandi akan mengawal masalah ekzema.

Beberapa perkara boleh menyebabkan ekzema bertambah buruk seperti sabun pambasuh, jenis pakaian seperti kain sintetik atau “wool”, keadaan persekitaran yang kering, peluh dan suhu yang panas. Dengan mengetahui perkara yang menyebabkan ekzema bertambah bagi anak anda, ia boleh membantu mengelakkan dan mengawalnya.


Cara pengawalan ekzema.

a)Pastikan pakaian diperbuat daripada kapas. Pakaian dari jenis lain mungkin menyebabkan ekzema bertambah buruk.

b)Penggunaan sabun yang berlebihan untuk mencuci pakaian boleh menyebabkan ekzema, dengan itu pastikan pakaian dibilas dua kali atau elakkan penggunaan “bleech”

c) Untuk mengelakkan hama habuk, penggunaan pengalas yang boleh mengurangkan hama habuk, penggunaan “vaccum cleaner” yang mempunyai kuasa penyedut yang tinggi atau “house dust mite spray“ boleh mengurangkan masalah ekzema.

Cara mengawal ekzema di sekolah

a) Pastikan anak anda tidak duduk di kawasan terlalu panas

b) Pakai pakaian sekolah yang diperbuat dari kapas

c) Terlalu aktif disebabkan berpeluh dengan banyak boleh menyebabkan ekzema

d) Air garam atau berklorin mungkin menyebabkan ekzema bertambah

e) Makanan yang boleh menyebabkan ekzema bertambah sepatutnya dielakkan.

f) Elakkan dari menggaru.




Tuesday, 19 July 2016

10 Penyebab Bau Badan



Penyebab bau badan yang tidak menyenangkan sering menjadi persoalan bagi ramai orang.Apakah faktor yang menyebabkan peluh atau badan yang berbau?.deoderant atau pewangi bukanlah solusi yang tepat untuk menyelesaikan masalah ini, bahkan terkadang

menyebabkan keadaan menjadi bertambah teruk. Bau badan yang mengganggu ketenangan orang lain merupakan masalah serius, yang harus diatasi dengan segera

Bau badan memiliki tahap tertentu, dari ringan hingga berat. Sebelum mengetahui cara mudah untuk menghilangkan bau badan, perlu di fahami juga faktor penyebab yang menyebabkan peluh dan bau badan berlebihan.

Sebahagian orang mengalami masalah bau badan yang cukup parah. Bahkan, mereka telah mandi secara teratur dan menggunakan pewangi tubuh. Namun aroma tidak sedap tetap tercium dari tubuh mereka. Berikut beberapa faktor penyebab aroma badan yang tidak menyenangkan tersebut.

1. Gangguan genetik

Iaitu gangguan pada gen tertentu dalam badan dengan istilah perubatan disebut trimethylaminuria. Kelainan gen ini membuatkan tubuh tidak mampu untuk menguraikan trimetilamina, iaitu sejenis kimia yang serupa dengan kimia yang memberi bau hanyir pada ikan. Jika trimetilamina berkumpul secara berlebihan, maka tubuh akan melepaskannya bersama urin, nafas, dan peluh.

2. Stress

Ketika seseorang mengalami stress atau depresi, maka aktiviti kelenjar apokrin meningkat. peluh yang keluar darinya mengandung lemak, protein, dan sedikit air. Jenis peluh ini banyak bercampur bakteria, sehingga mudah menimbulkan bau badan yang tidak menyenangkan.

3. Makanan Tertentu
Beberapa jenis makanan seperti bawang merah dan brokoli mempunyai bahan kimia yang akan bercampur dalam peredaran darah, kemudian akan dikeluarkan melalui urin dan peluh. bahan kimia yang berbau seperti belerang ini juga ditemukan pada sayuran yang tergolong ke dalam keluarga cruciferous.


4. Kesan Penyakit tertentu

Beberapa penyakit seperti diabetes dan penyakit liver (hepatitis) sering menimbulkan bau badan bagi pengidapnya. Diabetes tanpa rawatan akan berlanjutan menjadi ketoasidosis diabetikum yang mencetuskan masalah bau badan. Sedangkan individu penderita hepatitis biasanya sukar mengeluarkan toksin, yang pada akhirnya juga menyebabkan bau peluh yang hamis.

5. Pakaian yang tidak menyerap peluh

Fabrik yang tidak mampu menyerap peluh akan membuatkan bau terperangkap disebabkan peluh yang berlebihan.

6. Enzim propanoat

Enzim propanoat atau propionat merupakan hasil penguraian peluh oleh propionibacteria yang di saluran kelenjar sebasea.Enzim ini yang sering menjadi penyebab bau badan pada remaja. Perubahan hormon androgen juga dapat mengakibatkan bau badan.

7. Enzim isovalerik

Sebahagian orang mengeluarkan aroma tubuh seperti bau keju. Bau ini berasal dari enzim isovalerik yang terbentuk oleh bakteria staphylococcus epidermis.

8. Tidak menjaga kebersihan tubuh

Adalah penting untuk menjaga kebersihan badan secara berterusan untuk mengelakkan bau badan yang berlebihan.

9. Kebiasaan buruk

Beberapa kebiasaan buruk seperti memakai seluar jeans dalam waktu yang sangat lama, tanpa mencuci dan menggantinya akan mencetuskan masalah bau badan.

10. Pola makan yang tidak seimbang
Terlalu banyak memakan bawang putih dan makanan berlemak, juga akan mencetuskan masalah bau badan.


SOLUSI

Hilangkan Bau Badan Dalam 3 saat

 CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS merupakan satu pendekatan baru dalam menyahkan bau badan dengan mudah, cepat dan pantas.

 Dengan penggunaan CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS hanya sekali sehari, badan anda akan bebas bau dan menjadikan keyakinan anda bertambah dalam tempoh seharian bekerja.

 Aktiviti seharian dalam bekerja, bersukan biasanya akan menjadikan anda berpeluh dan menjadikan anda rasa tidak selesa dek kerana kehadiran bau badan yang kurang menyenangkan.

 CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS kini membawa penyelesaian untuk bebas bau badan hanya dalam masa 3 saat sahaja. Malahan badan akan kekal bebas bau dalam tempoh 24 jam walaupun keesokan harinya anda melakukan aktiviti yang sangat mengeluarkan peluh.

CARA PEMBELIAN TERUS WHATSAAP KE fahaMarketing : 017-2248575


VIDEO

video


Sunday, 10 July 2016

Kuning pada si kecil adakah berbahaya?




Biasalah kalau bayi yang baru lahir ada kuning sikit-sikit. Esok cuba jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi, akan kuranglah kuningnya. Inilah kata-kata biasa yang kita dengar apabila bayi dilahirkan mula bertukar warna kuning bermula di bahagian kepala turun ke kaki. Mungkin langkah awal ini boleh diambil bagi mengatasi masalah demam kuning pada bayi yang baru lahir.

Bagaimanapun jika warna kuning pada bayi berterusan, ibu bapa dan penjaga perlu membawa bayi mereka ke hospital atau klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Dalam kebanyakan kes demam kuning atau dalam istilah perubatan, jaundis, ia tidak berbahaya dan boleh hilang secara semula jadi dengan penjagaan rapi seperti memberikan bayi susu ibu sekerap mungkin.
Bagaimanapun jika bayi masih kuning dalam tempoh satu hingga dua minggu, jangan ambil ringan kerana dalam kes tertentu jaundis boleh membahayakan kesihatan dan menjejas pertumbuhan bayi dan memerlukan pemerhatian rapi daripada pakar perubatan.

Pakar Pediatrik KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun berkata, kira-kira 60 hingga 70 peratus bayi yang baru dilahirkan dengan demam kuning dan satu pertiga daripadanya hanya memerlukan rawatan fototerapi dan kekerapan pemberian susu ibu untuk pulih seperti biasa.



“Definisi demam kuning yang visible atau kelihatan adalah kuning pada mata, muka, leher bermula dari kepala dan turun hingga ke kaki,” katanya semasa ditemui di KPJ Kajang, Selangor baru-baru ini.
Demam kuning berlaku apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah. Biasanya jaundis berlaku dari hari pertama hingga keempat tetapi bergantung pada jenis demam kuning. Jika selepas 14 hari bayi tidak ada tanda-tanda demam kuning, mungkin bayi terselamat daripada terkena penyakit utama bayi baru lahir.

Bilirubin adalah bahan yang terdapat dalam sel darah merah manusia. Bilirubin dirembeskan oleh hati yang mempunyai peranan penting dalam sistem pencernaan. Kandungan bilirubin tinggi boleh disebabkan oleh pemecahan sel darah merah yang membebaskan bilirubin atau terdapat masalah dalam sistem hati serta salurannya.

Darah

Antara faktor yang menyebabkan demam kuning pada bayi adalah masalah darah ABO atau ABO incompatible iaitu darah ibu dan anak tidak sama O. Biasanya apabila darah ibu jenis O tetapi anak bukan O. Begitu juga apabila perbezaan dalam jenis darah Rh-ve dan Rh+ve.

“Demam kuning pada bayi baru lahir mungkin bahaya dan tidak bergantung kepada jenis bilirubin, masa dan tempoh bayi didapati kelihatan kuning dan tahap bacaan bilirubin dalam darah. Biasanya warna kuning pada bayi mula kelihatan pada usia dua hingga tiga hari setelah dilahirkan.

“Bayi menjadi kuning kerana proses semula jadi yang berlaku secara perlahan-lahan, iaitu tubuh bayi akan membuang semua sel darah merah lama yang digunakan dalam kandungan ibu dan digantikan dengan sel darah merah baharu,” katanya.

Faktor fungsi hati yang belum benar-benar matang juga turut menyumbang kepada keadaan kuning. Bilirubin yang terkumpul dalam darah akan dinyahkan daripada badan melalui najis dan air kencing bayi. Jadi adalah sangat penting untuk memastikan bayi terus diberi susu badan secukupnya dan bayi membuang air kecil dan besar.


Walaupun biasanya warna kuning pada bayi adalah normal, tetapi paras bilirubin yang terlalu tinggi akan mengubah keadaan menjadi tidak normal. Tahap bilirubin daripada sel darah merah yang terlalu tinggi adalah toksik kepada sel otak. Ini adalah sangat berbahaya kerana otak merupakan pusat kawalan seluruh badan. Dalam kes-kes yang tertentu boleh menyebabkan kecacatan kekal pada sistem otak atau hati sehingga menyebabkan pemindahan hati.


NEONATAL JAUNDICE VIDEO 

video

Thursday, 23 June 2016

PENYAKIT DIFTERIA



Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.


Difteria tengkuk bengkak menyebabkan ciri-ciri, kadang-kala digelar “tengkuk lembu"



Dengan kata lain difteria adalah penyakit saluran pernafasan yang menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka.

Beberapa perkara berkenaan bakteria tersebut perlu ibu bapa ketahui untuk mengelakkan ia daripada menjangkiti si kecil.



Antara tanda-tanda kanak-kanak yang dijangkiti bakteria ini:

   * Sakit tekak berpanjangan.

   * Demam secara tiba-tiba.

   * Tumbuhan membran kelabu meliputi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.







Bagaimana difteria disebarkan? Ia tersebar melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria sendiri

 Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.

Kadar kematian akibat difteria paling tinggi dalam kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

 Bakteria ini boleh dicegah melalui suntikan vaksin difteria. Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.


Kementerian Kesihatan Malaysia memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan.

 Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Ibu bapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak mereka daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian,


VIDEO DIFTERIA


video